Resepi Nasi Pandan Mewangi

Bosan dengan nasi putih biasa, jom kita masak Nasi Pandan.  Nasi Tumis Pandan ini seakan nasi lemak namun ia tidak menggunakan santan. Rasanya enak, lebih wangi dan tahan lama. Sesuai dijadikan pengganti bagi nasi lemak bahkan boleh dinikmati dengan anek lauk pauk lain.



Bahan yang diperlukan: 


  • 2 cawan Beras  *dibersihkan
  • 3 1/2 cawan Air
  • 3 biji Bawang Merah  *dimayang
  • 2cm Halia  *dihiris
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 biji Buah Pelaga
  • 4 kuntum Bunga Cengkih
  • 2 helai Daun Pandan
  • Pewarna Hijau
  • Secubit Garam
  • Minyak masak *secukupnya

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bawang Merah, Halia, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Bunga Cengkih dan Daun Pandan sehingga Wangi.
  2. Kemudian masukkan Air , Pewarna Hijau diikuti Beras serta Garam. Kacau rata.
  3. Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
  4. Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.


loading...

0 Response to "Resepi Nasi Pandan Mewangi"

Post a Comment