Resepi Baba & Nyonya Ayam Pongteh Melaka


 Hari ini berbeza sedikit, sebab semalam saya baru pertama kali makan resepi Baba Nyonya ini. Punya la sedap, terus cari resepi dan buat.  Resepi Ayam Pongteh adalah salah satu makanan tradisi masyarakat ini atau disebut masyarakat peranakan .  Kebiasaannya , cara Ayam Pongteh ada dua versi. Versi kehitaman berasal dari Melaka sedangkan yang cerah adalah versi Pulau Pinang. Warna hitam disebabkan penggunaan kicap manis dan gula Melaka.








 Bahan-bahan yang diperlukan
  • 600 gram Ayam - dipotong kecil
  • 100 gram Bawang Merah
  • 100 gram Bawang Putih
  • 2 sudu besar Taucu
  • 1 sudu besar Gula Melaka
  • 50 gram Cendawan Butang kering - rendam untuk dilembutkan
  • 2 biji Ubi kentang - dipotong kepada kiub-kiub saiz sederhana
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 500 ml air atau Stok ayam
  • 1 sudu kecil Garam

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Kisarkan Bawang Merah dan Bawang Putih bersama-sama sehingga menjadi Pes halus
  2. Panaskan Minyak masak di dalam kuali ataupun periuk yang cukup dalam.
  3. Masukkan Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisar dan tumiskan dengan api sederhana. Kacau dan gaul secara berterusan untuk mengelakkan pes dari melekat kepada kuali. Tumiskan dalam sekitar selama 3 minit sebelum menambahkan taucu dan terus menumis.
  4. Pelahankan api dan teruskan menggorengkan campuran sehingga minyak naik ke atas permukaan. Ianya penting untuk masak campuran dengan teliti sehingga ia berkaramel sebab ia boleh bantu mengharumi aroma masakan.
  5. Tambahkan cendawan dan Ubi kentang dan masak selama beberapa minit lagi.
  6.  Masukkan ayam, dan gaul secara rata dengan bahan-bahan yang lain. Terus goreng sehingga ayam separuh dimasak.
  7. Tuangkan air dan tambah dengan gula Melaka dan garam.
  8. Reneh selama 15 sehingga 20 minit sehingga kuah mula tebal dan ubi mula melembut.
  9.  Akhir sekali, tabur hirisan daun sup daun bawang, cili merah dan hijau yang telah dipatah-patahkan untuk hiasan. Ayam pongteh enak dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan





loading...

0 Response to "Resepi Baba & Nyonya Ayam Pongteh Melaka"

Post a Comment